Tuesday, October 16, 2007

Makna hari raya pada tahun ni

Tidak seperti raya-raya pada tahun lepas,raya tahun ni sangat bermakna bagi aku. Pada tahun ni aku menyambut raya dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan.Aku menyambut hari raya dan bukan hanya meraikan kedatangan Syawal dan meraikan kemenangan melawan hawa nafsu,tapi lebih daripada itu.19 haribulan ni genap empat bulan aku berhenti bergelumang asap maut yang kian hari menjadi darah dagingku sebelum ini.Aku mula menjauhi rokok semenjak 19 Julai lalu bersempena hari kelahiran rakan karibku sebagai hadiah kepadanya.Selain itu,amalan dibulan Ramadhan lalu lebih bermakna kurasakan.Semoga pada tahun-tahun seterusnya aku dapat meningkatkan lagi amalan-amalan ku dan semoga hidupku di masa hadapan akan lebih baik kian hari.

4 comments:

Amirul Idham said...

btul ke ko dah berenti rokok?
tahniah la aku ucapkan...
berjaya gak ko berenti rokok..

yusra yusop said...

Yup,credit untuk sepupu aku gak,bouncer kat kelantan,die yang benti dulu,aku follow tengok,ok plak..katakan TAK NAK!!!

Puaka Petaka said...

fulamak along.
aku tak sangka hang boleh berhenti macam tu saja.....
aku tengok hang dulu macam dah tak boleh berhenti dah, kira dasyat jugak la hang ni.....

nanti aku jumpa hang aku bagi duit raya sebab berhenti isap rokok.....

ok?

Anonymous said...

yeaahhhh!!!!rocock merbahaya buat kesihatan