Thursday, November 8, 2007

Iklan Raya Cina

Pada suatu hari yang mendung dan sayu kelihatan seorang apek tua sedang mengelamun di atas pangkin di bawah pohon jambu batu,jauh mengenangkan isterinya yang sudah lama meninggal dunia.Di dadanya erat dipeluk sebuah diari peniggalan isterinya.Beberapa ketika apek membelek sambil mengusap diari tersebut.Hiba hatinya mengenangkan detik manis bersama isteri dan anak-anak tersayang.Kini segala-galanya telah berubah.Anak-anaknya sudah pun besar panjang.Jarang sekali anak-anaknya pulang ke kampung halaman melawat bapa mereka.Kalau adapun cuma pada tahun baru cina sahaja.

"Abah.." Tersentak apek dari lamunan panjang itu.

"Apa abah buat kat sini sorang-sorang?Jom masuk" Ah Keong,anak bongsu kepada apek yang bekerja sebagai pengurus pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur bersuara dengan lembut.Ahli keluarga yang lain sedang menunggu apek untuk makan besar meraikan tahun baru cina pada tahun itu.Terhuyung-hayang apek yang sudah berusia hampir 90 tahun itu berjalan masuk ke dalam rumah sambil dipimpin oleh anak bongsunya.Diari peninggalan isterinya itu dipeluk erat.Di meja makan ahli keluarga apek yang terdiri daripada anak,menantu dan cucu-cucunya sibuk menyiapkan persiapan untuk makan besar itu.Ah Keong memimpin tangan bapanya ke meja lalu disajikan makanan.Mereka pun mula makan.

"Nak,ni daging apa?" Tanya apek sebaik Ah Keong meletak sepotong daging di dalam mangkuk nasi yang dipegang apek.

"Daging babi,bah" Jawab Ah Keong ringkas.

"Daging apa?" Ulang apek sambil mengerutkan dahi. Janet yang duduk bersebelahan suaminya mengerling ke arah mertuanya sambil mulut laju mengunyah makanan.Rasa menyampah dan meluat dengan kerenah orang tua itu menyelubungi Janet.

"Daging babi, abah" Ulang Ah Keong sambil memandang tepat ke arah bapanya.Belum sempat Ah Keong menyuap nasi ke mulutnya kembali,apek bersuara lagi.

"Daging apa?" Ah Keong meletakkan mangkuk nasi dan chopstick ke atas meja sambil menghela nafas panjang.Janet memandang apek,kemudian Ah Keong dan kembali kepada apek.

"Abah ni kenapa?Tak dengar ke buat-buat tak dengar?Tu daging babi tu,bah.Daging babi!!" Suara Ah Keong semakin lantang.Ahli keluarga yang dari tadi kecoh bersembang kini gamam.Hilang selera Ah Keong dibuatnya dengan pertanyaan bapanya itu.Apek cuma tunduk kaku.Diari yang sedari tadi di atas ribanya dihulurkan kepada Ah Keong.

"Nah..bacalah.." Ah Keong kehairanan.Dicapainya diari yang dihulurkan bapanya itu lalu diselak sehelai demi sehelai.Setiap kertas yang sudah kekuningan ditelan masa itu tertulis tulisan cina karangan mendiang ibunya.Terhenti tangan Ah Keong dari menyelak buku itu apabila tiba di satu halaman yang tercatat 'Waktu Membesarkan Ah Keong'.Ingin juga dia mengetahui isi hati ibunya itu lalu dibacanya perlahan-lahan.

"03 Mei 1935 - Hari ini merupakan hari yang paling bahagia buatku,melihat suamiku melayan keletah manja anak bongsuku di pasar..

Ah Keong: Abah, ni daging apa?
Abah : Daging babi

"Tiba-tiba anakku bertanya soalan itu berulang-ulang kali.Kerana sayang,suamiku tidak jemu menjawabnya"

Ah Keong: Daging apa?
Abah : Daging babi,nak
Ah Keong: Daging apa?
Abah : Daging babi,sayang
Ah Keong: Daging ape?
Abah : Ah,daging babi tu nak,daging babi

"Tetapi,tiba-tiba.."

Ah Keong: Daging apa?
Abah : Tu daging laa,babi!!!

Muahahahahahahahahahahahahahahahah...lagi sekali muahahahahahahahahah..last,last muahahahahahahahahahh..hokhokhok,kehkehkeh

Tuesday, October 16, 2007

Makna hari raya pada tahun ni

Tidak seperti raya-raya pada tahun lepas,raya tahun ni sangat bermakna bagi aku. Pada tahun ni aku menyambut raya dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan.Aku menyambut hari raya dan bukan hanya meraikan kedatangan Syawal dan meraikan kemenangan melawan hawa nafsu,tapi lebih daripada itu.19 haribulan ni genap empat bulan aku berhenti bergelumang asap maut yang kian hari menjadi darah dagingku sebelum ini.Aku mula menjauhi rokok semenjak 19 Julai lalu bersempena hari kelahiran rakan karibku sebagai hadiah kepadanya.Selain itu,amalan dibulan Ramadhan lalu lebih bermakna kurasakan.Semoga pada tahun-tahun seterusnya aku dapat meningkatkan lagi amalan-amalan ku dan semoga hidupku di masa hadapan akan lebih baik kian hari.

Friday, October 5, 2007

Kawan baru aku..yang pemalu



Gaya manja+mengada-ngada..



Berposing sambil berangan konon anaconda..



Adegan mandi-manda di dalam piring yang kononnya jakuzi

Kalau nak kenal,ni laa kawan baru aku,jumpe kat umah makcik aku..tersesat kot. Sok bile dah besar,ko jangan telan aku dah. Btw,name kawan aku yang berdarah sejuk ni 'Baby Boa'..muahaahah!!
Raye nih kalau ayam dah mahal sangat,aku ingat nak wat rendang ular lak..datang laa beraye umah aku kalau nak rase..kikikikik

Saturday, September 29, 2007

Sejarah Kenapa Negeri-negeri di Utara Semenanjung Tak Diserang Portugese..

1508 - Alfonso De Albuquerque meyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara(Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.

1509 - Portugis menghantar perisik ke melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511 - Alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (hang tuah, hang lekir, hang lekiu, hang jebat dan hangkasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1513 - Setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1514 - Alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana (Kedah dan p.pinang )mengikut sejarah, perisiknya telah kekedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...

Seminggu selepas Feb 1515 - Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso....Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah:

Perisik 1.2.3 : Selamat pagi tuan(sambil bertabik)

Alfonso : Selamat pagi

Perisik 1 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang

Alfonso : Kenapa?Kuat sangatkah mereka itu..? (dengan nada marah)

Perisik 2 : Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera,inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3 : Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana,hang nak pi mana, hang singgah dulu, hang gila, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam-macam lagi hang ada kat sana .....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah,Perlis dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu-ribu "hang".

-Dipetik dari KEDAH POWER nukilan wanaman

Wednesday, September 19, 2007

Pembiakan Clarias batrachus (Ikan keli daa..)






Induk betina
1. Perut buncit.
2. Organ pembiakan bengkak sedikit dan berwarna kemerahan.
3. Telur akan keluar sedikit apabila abdomen atau perut dipicit.
Induk jantan
1. Perut lembut.
2. Apabila ditekan pada abdomen, sperma akan keluar.

· Timbang induk jantan dan betina.
· Berikan suntikan hormon dengan kadar 0.25ml/kg jantan dan 0.5ml/kg betina.
· Hormon disuntik secara intra otot disebelah belakang sirip dorsal(atas belakang ikan).
· Jarum diletak pada sudut 45 darjah.
· Suntik hormon sehingga habis perlahan-lahan ke dalam otot ikan.
· Biar selama 8 jam.

Selepas 8 jam~
1. Perah telur ikan betina ke dalam piring.
2. Belah perut ikan jantan dan keluarkan sperma.
3. Gaul sperma(benih jantan) dengan ovum(benih betina) dengan menggunakan bulu ayam (/bulu itik)
4. Campurkan sedikit air suling dan letakkan ke dalam tangki penetasan.
5. Telur akan menetas dalam tempoh 24-32 jam.
6. Lava ikan perlu diberi makan putih telur yang dimasak ¼.

Saturday, September 8, 2007

Penternakan Ikan Air Tawar



Anak ikan puyu

Telur ikan keli

Anak ikan puyu
Dalam beberapa bulan kebelakangan ni seringkali kita mendengar tentang usaha kerajaan yang ingin menjadikan penternakan,asas tani dan industri kecil dan sederhana dimajukan seiring dengan sektor-sektor pekerjaan lain.Pelbagai usaha dijalankan bagi membantu para petani dan penternak mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan berkuantiti(banyak). Terdapat juga jabatan-jabatan kerajaan yang ditubuhkan khusus untuk memberi lebih galakan kepada orang ramai, penganggur khususnya dalam meningkatkan lagi produk keluaran bumiputra ini. Salah satu cabang penternakan ini ialah penternakan ikan air tawar.
Demi menyahut seruan kerajaan itu,aku mula mengorak langkah berjinak-jinak dengan industri yang menjanjikan hasil lumayan biarpun terpaksa bermain lumpur dan kotor. Dengan berbekalkan 3 buah kolah mandi tinggalan arwah datukku dan beberapa ekor anak ikan keli pemberian anak jiranku,aku mula membelanya. Setelah melihat anak ikan keli tersebut membesar dengan cepatnya,aku mula bersemangat. Ditambah pula dengan pemberian anak ikan puyu yang ditangkap sendiri oleh abang kawanku (Mat) sebanyak lebih kurang seribu ekor,aku mula serius dalam bidang ini. Aku mulakan 'eksperimen' aku dengan menggunakan satu kolah sahaja dahulu untuk melihat hasilnya. Pernah suatu ketika aku dan mat cuba membuat pembiakan ikan keli secara manual dengan hanya melihat cara pembiakan ikan di dalam rancangan televisyen Agrojurnal. Malangnya kesemua telur ikan keli tersebut tidak menetas. Manakan tidak,main rodong saja memang tidak menjadi.
Aku hampir berputus asa bila lebih 20 ekor anak ikan puyu aku mati. Itu semua akibat kekurangan ilmu dalam bidang ini. Kursus yang ditawarkan di bahagian utara ini memang mendapat sambutan hangat hingga aku selalu tidak berkesempatan untuk menyertainya. Kadang-kadang kursus yang bakal diadakan setahun dari tarikh aku mengetahui tentangnya sudahpun dipenuhi peserta. Aku hanya mempelajari cara-cara penternakan ini diadakan daripada buku,internet dan rakan-rakan yang berpengalaman sahaja. Walau bagaimanapun,aku akan tetap meneruskan usahaku ini sehingga tahap tertinggi. Insyaallah..No pain, no gain!

Thursday, August 23, 2007

Some Dirt On My Heart

Dalam beberapa minggu yang lepas ni,aku mendapat satu lagi kaedah yang membawa kepada penyelesaian masalah yang hampir 87% penduduk dunia perlu hadapi setiap hari.Malah ada juga tempat khas yang disediakan oleh kerajaan memasing seluruh dunia untuk mereka yang kecundang melawan minda atau tewas pada diri sendiri.Kenapa perkara sebegini boleh berlaku?Apa yang dimaksudkan dengan masalah ini?Ya..stress.Tahukah anda bahawa punca utama terjadinya stress adalah kerana kegagalan diri sendiri mengatur dan menyusun atur masalah kecil yang membawa kepada satu barah yang diambil ringan oleh sesetengah orang.Kenapa perlu bekerja lebih masa?kenapa tidak ada masa untuk keluarga/teman?kenapa boleh terjadinya split personality?kenapa perlu rasa kecewa dengan orang lain?kenapa kena ada sifat benci pada orang lain?

Wednesday, July 25, 2007

Di Ruang Gemanya

Telah ku rangkumkan rebah setiaku
pada setiap pilu dan rindu
melayang dan mengembang
ke hayat gemilang.

Sejak itu
tidak ku kesal lagi
goda dan duga
di gerimis senja.

Telah kupahatkan lelah umurku
pada setiap kerikil dan debu
datang dan menghilang
ke hujung kenang.

Sesudah itu
tidak ku kenal lagi
hampa dan derita
di guruh pagi.

Gerimis senja guruh pagi
adalah titipan maya
bakal kukongsikan hati
mengukit tadbir di ruang gemanya.


Dharmawijaya,
Gurindam Alam,1994

Friday, July 20, 2007

Aku

Kalau sampai waktuku
'ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbilang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi


- Chairil Anwar; Mac 1943

Saturday, May 5, 2007

Journal dari Jitra ke Merlimau

03Mei07-22:00
- Bertolak dari Stesen Bas Bandar Darulaman.Bosan,call Adib berborak kosong sampai satu jam.Bateri handphone Adib abis.Call Punjunk.

04Mei07-08:00
- Terjaga dah sampai ke Melaka Sentral.Call Apizz,tak jawab.Naik bas ke Merlimau.Sampai Merlimau terus gi kedai Mak Teh dulu,lama tak makan ikan pari masak asam pedas die.Sekali tutup la plak.Telan air liur je laa.Jalan kaki ke Poli.Saje nak tengok perubahan Merlimau dari dekat.Banyak gak perubahan,ade kedai 20 lot baru naik bertentangan dengan pokok besar yang selalu ade roadblock tu.Construction kiri kanan sepanjang jalan.

04Mei07-10:00
- Disambut 'mesra' oleh Cik Ailyn,Cik Siti dan Cik Muna yang masa tu tengah terlonggok kat meja Cik Muna.Terkejut gak tengok total make-over yang dilakukan oleh Cik Muna,lawa gile!Cik Muna kata transkrip tu kena tempah seminggu sebelum amik.Tunggu dalam office.Jumpe ngan En.Zahir,En.Sidek,Pn.Zuliana,Cik Zuraidah dan Pn.Noni.Pn.Noni maintain comel macam dulu.Apizz call.Die kate tak bangun tido lagi mase aku call tadi.Hampeh punye kawan.Amik transkrip,sembang-sembang jap ngan Cik Ailyn(Cik Ailyn kim salam kat sume)terus kuar.

04Mei07-11:45
- Belum sempat sampai post guard,nampak 'bas rakit' yang selalu bawak dak-dak poli ke pekan merlimau.Tumpang je laa,malas nak naik cab.Membazir,lagipun tak penah try lagi naik 'bas rakit' nih.Saje nak try.Tambang pun murah.RM0.80 je.
- Sampai Bandar Baru Merlimau nampak ade bas ke Melaka Sentral.Terus lompat ke Melaka Sentral.

04Mei07-12:35
- Sampai Melaka Sentral cari kedai makan dulu.Perut dah berdenyut-denyut.Kat belakang Kedai Nasi Kandar tu ade satu kedai.Masakan die sedap gak.Aku macam biasalaa..dah tekad,selagi tak jumpe asam pedas tak bleh kuar dari Melaka.Darah Hang Tuah masih mengalir lagi nih.Nak gi semayang jumaat takde kenderaan la plak.Masjid jauh lak tu.Takpe,musafir.Gi beli tiket ke Jitra.Kaunter memula cakap dah abis.Esoknye baru ade.Aku dah cuak.Sekali tengok ade kaunter bas Durian Burung.Selamat!Amik tiket pkl 21:30

04Mei07-13:20
- Jalan kaki gi Tesco.Saje nak abiskan mase tunggu dak Apizz.Gi kedai cd jumpe lak cite yang dah lama aku cari.Terus tangkap.Macam kenal lak minah ni,sape ek?rupenye Siti Mazinun kelas DPR.Die tak kenal aku pun takkan nak tegur lak.Selisih bahu je laa..
- Apizz call,die soh tunggu kat KFC Tesco.Makan KFC lak ngan die,sambil borak-borak cite terbaru memasing.Abis makan die antar gi umah sewa die.Besar gak.Semi-D 2 tingkat.Die cakap sewa sebulan RM500 je.Mandi pastu rehat sambil tengok cite yang aku beli tadi.

04Mei07-17:00
- Apizz kene balik kampung.Biasalaa,orang tu sibuk nak kawin.Nak buat preparation kot.Die antar ke Melaka Sentral balik.Start dari die antar korang tau tak aku wat ape?Penah tengok cite The Terminal tak?lakonan Tom Hanks.Macam tu laa aku tunggu sampai pukul 21:30.Letih nyer pasal,duduk je terus 'hilang'.

05Mei07-06:00
- Sedar je tengok dah sampai Bandar Darulaman.Cal 'Big Boss' mintak tolong datang amik.Nak jalan kaki dah tak larat dah.Dah flat.

05Mei07-06:30
- Sampai je terus semayang subuh.Pastu bukak komputer.Ape nak buat ek?Aa..Buat Jurnal!!!

Thursday, March 29, 2007

Brain Teaser..Enjoy!!

Click pada imej untuk besarkan