Saturday, September 8, 2007

Penternakan Ikan Air Tawar



Anak ikan puyu

Telur ikan keli

Anak ikan puyu
Dalam beberapa bulan kebelakangan ni seringkali kita mendengar tentang usaha kerajaan yang ingin menjadikan penternakan,asas tani dan industri kecil dan sederhana dimajukan seiring dengan sektor-sektor pekerjaan lain.Pelbagai usaha dijalankan bagi membantu para petani dan penternak mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan berkuantiti(banyak). Terdapat juga jabatan-jabatan kerajaan yang ditubuhkan khusus untuk memberi lebih galakan kepada orang ramai, penganggur khususnya dalam meningkatkan lagi produk keluaran bumiputra ini. Salah satu cabang penternakan ini ialah penternakan ikan air tawar.
Demi menyahut seruan kerajaan itu,aku mula mengorak langkah berjinak-jinak dengan industri yang menjanjikan hasil lumayan biarpun terpaksa bermain lumpur dan kotor. Dengan berbekalkan 3 buah kolah mandi tinggalan arwah datukku dan beberapa ekor anak ikan keli pemberian anak jiranku,aku mula membelanya. Setelah melihat anak ikan keli tersebut membesar dengan cepatnya,aku mula bersemangat. Ditambah pula dengan pemberian anak ikan puyu yang ditangkap sendiri oleh abang kawanku (Mat) sebanyak lebih kurang seribu ekor,aku mula serius dalam bidang ini. Aku mulakan 'eksperimen' aku dengan menggunakan satu kolah sahaja dahulu untuk melihat hasilnya. Pernah suatu ketika aku dan mat cuba membuat pembiakan ikan keli secara manual dengan hanya melihat cara pembiakan ikan di dalam rancangan televisyen Agrojurnal. Malangnya kesemua telur ikan keli tersebut tidak menetas. Manakan tidak,main rodong saja memang tidak menjadi.
Aku hampir berputus asa bila lebih 20 ekor anak ikan puyu aku mati. Itu semua akibat kekurangan ilmu dalam bidang ini. Kursus yang ditawarkan di bahagian utara ini memang mendapat sambutan hangat hingga aku selalu tidak berkesempatan untuk menyertainya. Kadang-kadang kursus yang bakal diadakan setahun dari tarikh aku mengetahui tentangnya sudahpun dipenuhi peserta. Aku hanya mempelajari cara-cara penternakan ini diadakan daripada buku,internet dan rakan-rakan yang berpengalaman sahaja. Walau bagaimanapun,aku akan tetap meneruskan usahaku ini sehingga tahap tertinggi. Insyaallah..No pain, no gain!

2 comments:

Amirul Idham said...

bagus la along...
ko dah jumpa satu lagi bidang baru yang ko boleh menambahkan pendapatan....

Amirul Idham said...

oh ya...
aku tag ko...
sila baca blog aku bahagian kes ponteng puasa yang paling sengal pernah dialamai atau dengar