Wednesday, September 19, 2007

Pembiakan Clarias batrachus (Ikan keli daa..)






Induk betina
1. Perut buncit.
2. Organ pembiakan bengkak sedikit dan berwarna kemerahan.
3. Telur akan keluar sedikit apabila abdomen atau perut dipicit.
Induk jantan
1. Perut lembut.
2. Apabila ditekan pada abdomen, sperma akan keluar.

· Timbang induk jantan dan betina.
· Berikan suntikan hormon dengan kadar 0.25ml/kg jantan dan 0.5ml/kg betina.
· Hormon disuntik secara intra otot disebelah belakang sirip dorsal(atas belakang ikan).
· Jarum diletak pada sudut 45 darjah.
· Suntik hormon sehingga habis perlahan-lahan ke dalam otot ikan.
· Biar selama 8 jam.

Selepas 8 jam~
1. Perah telur ikan betina ke dalam piring.
2. Belah perut ikan jantan dan keluarkan sperma.
3. Gaul sperma(benih jantan) dengan ovum(benih betina) dengan menggunakan bulu ayam (/bulu itik)
4. Campurkan sedikit air suling dan letakkan ke dalam tangki penetasan.
5. Telur akan menetas dalam tempoh 24-32 jam.
6. Lava ikan perlu diberi makan putih telur yang dimasak ¼.

2 comments:

Amirul Idham said...

alhamdullilah..
nmpk nya aku dah nmpk seorg kwn aku maju lg setapak dlm penghidupannya....
aku harap ko berjaya kelak...

bila nk buat tag beb..

yusra yusop said...

Persenyawaan Tanpa Pembedahan

Masukkan induk jatan & betina yg telah dicucuk hormon kedalam tangki dan biarkan selama lebih kurang 28-32 jam.

Keluarkn induk dari tangki setelah telur dikeluarkan, dan biarkan telur menetas sendiri selepas 28-32 jam.

Rawat induk selepas pembiakan dengan memasukkan ke dalam air berfomalin(ada kt kedai jual ikan) pada kadar 50 ke 100ppm untuk selama 3jam @ garam pada kadar 3-5% utk selama 4jam.

Lava yg menetas di beri mkn yolk. Sehigga besar 1cm.kemudian pindah ke kolam asuhan selama 1-2 bulan..
Kemudian bolehlah dibela dlm kolam...