Saturday, May 5, 2007

Journal dari Jitra ke Merlimau

03Mei07-22:00
- Bertolak dari Stesen Bas Bandar Darulaman.Bosan,call Adib berborak kosong sampai satu jam.Bateri handphone Adib abis.Call Punjunk.

04Mei07-08:00
- Terjaga dah sampai ke Melaka Sentral.Call Apizz,tak jawab.Naik bas ke Merlimau.Sampai Merlimau terus gi kedai Mak Teh dulu,lama tak makan ikan pari masak asam pedas die.Sekali tutup la plak.Telan air liur je laa.Jalan kaki ke Poli.Saje nak tengok perubahan Merlimau dari dekat.Banyak gak perubahan,ade kedai 20 lot baru naik bertentangan dengan pokok besar yang selalu ade roadblock tu.Construction kiri kanan sepanjang jalan.

04Mei07-10:00
- Disambut 'mesra' oleh Cik Ailyn,Cik Siti dan Cik Muna yang masa tu tengah terlonggok kat meja Cik Muna.Terkejut gak tengok total make-over yang dilakukan oleh Cik Muna,lawa gile!Cik Muna kata transkrip tu kena tempah seminggu sebelum amik.Tunggu dalam office.Jumpe ngan En.Zahir,En.Sidek,Pn.Zuliana,Cik Zuraidah dan Pn.Noni.Pn.Noni maintain comel macam dulu.Apizz call.Die kate tak bangun tido lagi mase aku call tadi.Hampeh punye kawan.Amik transkrip,sembang-sembang jap ngan Cik Ailyn(Cik Ailyn kim salam kat sume)terus kuar.

04Mei07-11:45
- Belum sempat sampai post guard,nampak 'bas rakit' yang selalu bawak dak-dak poli ke pekan merlimau.Tumpang je laa,malas nak naik cab.Membazir,lagipun tak penah try lagi naik 'bas rakit' nih.Saje nak try.Tambang pun murah.RM0.80 je.
- Sampai Bandar Baru Merlimau nampak ade bas ke Melaka Sentral.Terus lompat ke Melaka Sentral.

04Mei07-12:35
- Sampai Melaka Sentral cari kedai makan dulu.Perut dah berdenyut-denyut.Kat belakang Kedai Nasi Kandar tu ade satu kedai.Masakan die sedap gak.Aku macam biasalaa..dah tekad,selagi tak jumpe asam pedas tak bleh kuar dari Melaka.Darah Hang Tuah masih mengalir lagi nih.Nak gi semayang jumaat takde kenderaan la plak.Masjid jauh lak tu.Takpe,musafir.Gi beli tiket ke Jitra.Kaunter memula cakap dah abis.Esoknye baru ade.Aku dah cuak.Sekali tengok ade kaunter bas Durian Burung.Selamat!Amik tiket pkl 21:30

04Mei07-13:20
- Jalan kaki gi Tesco.Saje nak abiskan mase tunggu dak Apizz.Gi kedai cd jumpe lak cite yang dah lama aku cari.Terus tangkap.Macam kenal lak minah ni,sape ek?rupenye Siti Mazinun kelas DPR.Die tak kenal aku pun takkan nak tegur lak.Selisih bahu je laa..
- Apizz call,die soh tunggu kat KFC Tesco.Makan KFC lak ngan die,sambil borak-borak cite terbaru memasing.Abis makan die antar gi umah sewa die.Besar gak.Semi-D 2 tingkat.Die cakap sewa sebulan RM500 je.Mandi pastu rehat sambil tengok cite yang aku beli tadi.

04Mei07-17:00
- Apizz kene balik kampung.Biasalaa,orang tu sibuk nak kawin.Nak buat preparation kot.Die antar ke Melaka Sentral balik.Start dari die antar korang tau tak aku wat ape?Penah tengok cite The Terminal tak?lakonan Tom Hanks.Macam tu laa aku tunggu sampai pukul 21:30.Letih nyer pasal,duduk je terus 'hilang'.

05Mei07-06:00
- Sedar je tengok dah sampai Bandar Darulaman.Cal 'Big Boss' mintak tolong datang amik.Nak jalan kaki dah tak larat dah.Dah flat.

05Mei07-06:30
- Sampai je terus semayang subuh.Pastu bukak komputer.Ape nak buat ek?Aa..Buat Jurnal!!!

5 comments:

Puaka Petaka said...

waalaikumsalam.
kisah yang amat menyayat hati. ko pegi ambit transkrit? transkrit apa? mukhsin jugak aku ni. apis macam mana?

Amirul Idham said...

best jurnal ko nih...
teringat mase aku gi merlimau mase raya cina ari tu....

rindu kt melaka.....

aweez qarnie said...

Aaa..ni nak cite nih.makhluk buas masa hang pi interview SPA tu tak yah pakai transkrip tu ka?Aku kena bawak menda alah tu.Satu lagi Cik Muna pesan sapa nak transrip tu kena bagitau dia seminggu awal.Sesapa yang baca ni tolong habaq kat kawan2..

Apizz ok,tapi badan dah macam geng tarik keta dah,dulu buncit je,takde laa gemuk,skang dah nak satu saiz ngan aku dah

Puaka Petaka said...

aku interview hari tu aku pakai PMR saja sebab diploma tak lepas, SPM pun tak lepas. jadi transnasional, transelit, tu semua tak payah.

sykha25 said...

hai... watpe 2?
aduh.. kecik ati sy.. cik muna je ker cantik?
hehehehe....
sori ari tu xsmpat nak bls msg yg terakhir, sy dah ghaib... dh belayar ngn jack naik titanic...